Monday, May 28, 2012

Syafakallah, Bonda!

No wonder 'penulis' manis sebab bonda nya manis. haha
Lately, Ummi asyik demam. Semalam, lepas hantar Ijam register di MMU Melaka (eh, mmu ke?), Ummi lekas-lekas mahu pulang. Tak larat katanya. Demam kembali menemani. Maka, jam 2 lebih kami (saya, Ummi dan Abah) dah beransur pulang meninggalkan Ijam dan dunia barunya.

Dalam perjalanan Ummi hanya baring di belakang. Mujur ada anak dara cute yang boleh drive dengan cermat dan penuh hemah setelah Abah memberi alasan mengantuk, mengantuk dan mengantuk. hehe. Sekali sekala terdengar Ummi menghembus hingus di belakang. Selesema sudah mari!

Sampai di rumah, Ummi mula menggigil kesejukan, walaupun suhu badan panas. Panadol dan antibiotik dah berapa banyak ditelan entah.hehe

Lucky Ummi ada anak dara yang boleh jadi informer yang cekap. Lantas saya roger-roger kakanda-kakanda untuk bertindak merawat Ummi.hehe. Finally, Kak Anne call and asked Abah to bring Ummi tu HUKM this morning to check on Ummi's condition. Cool. So pagi tadi Abah dah bawa Ummi ke HUKM. Kak Anne dah bawa check darah; Alhamdulillah tiada apa-apa. Cuma, pakar ENT memberi pesanan itu dan ini. Demam Ummi yang berlarutan kerana infection kuman di dalam telinga nya. 

So Ummi, please dengar nasihat Doktor. Please be strong.
 
Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah ra dari Nabi SAW beliau bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)
Dan, Allah SWT berfirman :
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(QS. Al-Hadid : 22).
Dan juga:
"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah" (QS. At-Taghaabun : 11).
Dan jangan lupa makan ubat ikut time juga, kerana Rasulullah SAW bersabda : 
"Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan Ubatnya". (HR. Bukhari no. 5678).

Semoga lekas sembuh. Syafakallah, Bonda!

Thursday, May 24, 2012

Ucapan untuk Gegadis.

Nak baca kena senyum. ;)

Alhamdulillah, Rejab sudah sampai. Alhamdulillah juga, hutang puasa telah diganti. Tinggal lagi puasa nazar yang belum beres dibayar. 

Kerja di opis semakin hari semakin tak senang duduk. Bukan main sibuk ke sana sini, bukan main penat menyiapkan satu per satu kerja dan memenuhi permintaan seorang demi seorang lawyer. Seronok juga makin banyak kerja makin banyak belajar. Tapi yang tak seronoknya, kita tak mudah dapat ehsan mereka. Contohnya hari ini, buka puasa dengan milo secawan je di opis kerana lambakan kerja di saat-saat akhir. Alasan: You will be on leave tomorrow, right?

Heh. Nanges. hehe

Apa-apapun, ini sesi belajar tentang hidup. Buka hati sebesar-besarnya untuk belajar. 

Ucapan untuk Gegadis

Azie: 24 Mei menjelang, tidak lain tidak bukan, ucapan khas penuh kasih sayang kerana Allah swt buat adinda/kakanda yang dicintai sepenuh jiwa; Nazirah Mohamad Sham; Selamat Hari Lahir. Tahniah di atas pertambahan usia. Tahniah di atas kurniaan Allah swt yang masih baru, seiring dengan nikmat kasih sayang sesama manusia yang tercipta di antara kamu dan pasanganmu yang Allah pinjamkan untuk kamu sama-sama nikmati dan hargai sebaiknya. Tiada hadiah dari orang. Jimat duit. Tak main bagi-bagi hadiah umur tua-tua ni.hehe. Cukup lah hadiah teddy bear lah ape lah zaman gedik-gedik manja dulu.haha. Tapi yang pasti, hadiah doa paling mahal untuk sahabat sepertimu. Semoga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi setiap langkah perjalananmu, Azie.
yang tudung kuning tu memang manis dari pengantin eh?haha
Ereen: Terasa macam baru lagi buli awak jadi Setiausaha tak rasmi saya dalam program Desa Tercinta, dalam TOF (upg) dan sebagainya. Teringat sangat yang kalau berdiri sebelah awak, saya mesti bangga. Sebab awaklah punca saya merasa juga diri ini tinggi.haha. Tup-tup dah nak kahwin dah dia.hehe. Tahniah in advance atas penyatuan dua jiwa dan masjid yang bakal terbina Sabtu pagi nanti. Jangan risau, flower girls awak akan sentiasa meng-ohsem-kan majlis awak. Lagi-lagi bila dapat sponsor kain baju dan akan memakai seragam.hehe. Tahniah untuk awak dan Adlin. Sama cantik sama padan, sama kecik.haha. Semoga Allah swt memberkati perkahwinan kalian. Amin! Barakallahulakum!

sorry curi gambar 'bajet artis' awak dari fb.hehe
Sha: Tahniah 5juta kali atas berita gembira yang awak terima pagi ini. Allah swt memberinya atas usaha dan kerja keras awak selama ni yang tak putus-putus (walaupun awak slalu buat ayat kekonon mcm patah semangat.haha). I'm confident that you will be a great doctor in a the future. Tahniah! Hadiah tuntut bila saya kaya ok!haha

Abaikan yang muka retard. Ucapan di atas untuk awek tudung merah dalam cermin yang senyum manis tu.

Akhir sekali, saya saja-saja nak kongsikan video menarik sempoi, bicara Ustaz Don perihal 'Bercinta'. Enjoy!


Wassalam

p/s: Malam ini jadi mak angkat kepada Irdeen sebab dia kata dengan Mama dia, 'Irdeen nak tidur dengan Mama Aten & Acu Ijam malam ni'. Dalam erti kata lain, tak nak balik Selayang. Poyo betul. Macam lah kite tak tau awak tua gian nak main game kat iPad kite kan! Tahu dah!

Saturday, May 19, 2012

Jom Pergi: Being Me - Women only Conference.

Nak baca kena senyum. ;)

Tahu tak, dalam hidup kita ni kalaupun kita tak mampu untuk 'memberi' atau menjadi tangan yang membuat kebajikan, sekurang-kurangnya jadilah orang yang menyediakan ruang untuk kebaikan itu berlaku. Susah ke agak-agak? Saya rasa tak susah. 

Hati perlu sentiasa bersih. Kotor sikit je bersihkan, kotor sikit je bersihkan. 

Tapi bagaimana? Selain daripada membaca bahan ilmiah, mengaji al-Quran, kita juga digalakkan menghadiri majlis-majlis ilmu. 40 hari kalau kita tak menghadiri majlis ilmu, hati boleh gelap. Kan?

Jadi, apa yang cuba saya sampaikan melalui entry ini ialah, buat gadis-gadis, wanita-wanita, muslimah yang disayangi atas nama Allah swt semuanya, marilah kita sama-sama menghadiri Being Me - Women Only Conference. 


Details seperti yang tertera di dalam gambar promosi di atas. Tapi, mari saya ulang di sini:

  • Tarikh: 30 June 2012; 9 pagi hingga 10 malam.
  • Tempat: Martrade Exhibition & Convention Cente (berdekatan Masjid Wilayah / Mahkamah Jalan Duta)
  • Harga tiket: RM100 (sebelum 31 Mei 2012). RM150 selepas 31 Mei.
  • Jika sahabat-sahabat berminat untuk mendapatkan tiket secara mudah, boleh hubungi sahabat saya, Cik Khairul Fisyah di: 012-2687399
Apa yang so-special about this conference?
Ya Allah, terlalu banyak kot. Saya rasa RM100 tu sgt berbaloi untuk pelaburan akhirat seperti ini. Program semuanya menarik. Antaranya:
  • Conference & Workshop yang speakers nya semua gempak-gempak, bertaraf antarabangsa yang boleh membuka ruang pemikiran kita agar tidak hanya berfikir dalam sudut aplikasi kehidupan di Malaysia semata-mata.
    • Topic & speaker:
    • The Art of Mothering - Dr. Fadila Grine
    • Parenting according to the Qur’an & Sunnah - Dr. Hajah Sofia
    • Unleash your potential - Sis. Jamilah Samian
    • “The Greatest Love of All: Do we really love Allah most?” – Sis. Yasmin Mogahed
    • How to please Allah while working – Sis. Raya Shokatfard
    • Being Beautiful is about Being Me : A creative outlook in making the most out of “ME” – Sis. Haslina Ali
  • Sisters Corner - Peluang untuk anda belajar nak melawa, make-up make-up, bergaya tetapi dengan berhijab. Menarik kan?
  • Fashion Show
  • Marriage Corner - Ini sangat menarik sebab.. sebab.. siapa yang tak suka cakap hal kahwin?hahaha.
And many more lah actually. Kalau ragu-ragu dengan maklumat yang saya berikan, silalah layari sendiri website Being Me: http://my.being-me.org/

Jumpa di sana! Wardina Safiyyah ada juga sebagai Emcee. Aiman Azlan sendiri kecewa kerana tak dapat joint sebab conference ini tertutup untuk wanita sahaja. So, apa tunggu lagi? Sis Yasmin Mogahed juga ada! wee~


Jangan lupa, beli tiket. Nak mudah, hubungi sahabat saya, Cik Fisya di 012-2687399.
Jangan risau, sahabat saya ni tak berniaga atau mengaut untung langsung. Dia hanya mencari peluang membuat kebajikan dengan bergelar sukarelawan.

Nah, saya hadiahkan anda semua dengan lagu yang menyejukkan hati ini. Bangga bergelar Muslimah, kan?


Wassalam


p/s: Mari kita cari, kawan mana yang sanggup suka ria sama, yang sanggup je menemani ke majlis ilmu bersama-sama.

Monday, May 14, 2012

Setelah 4 Bulan

Nak baca kena senyum. ;)

Kalau orang mengandung 9 bulan tempohnya, kalau orang Chambering pun macam tu juga. hehe. 

Masa mula-mula nak start Chambering, ramai yang bertanya, "berapa lama chambering?", maka saya akan jawab, "9 bulan. Kalau mengandung, by the time habis chambering tu dah due nak beranak dah..".

Kau ni paten, orang tanya seketul kau jawab over. 
Memang pun. Supaya senang orang terus zip mulut tak komen bebanyak. Lemas.hehe

Saya memulakan hari pertama saya di firma guaman ini pada 9 Januari 2012, saya memfailkan Borang di Mahkamah Jalan Duta pada 11 Januari 2012. Bermakna secara rasminya di dalam rekod mahkamah, Chambering saya bermula pada 11 Januari 2012 dan akan tamat secara rasminya pada 10 Oktober 2012. Oh, ohsem gila pengalaman menghitung waktu bila nak habis chambering ni.hehe

Sekarang secara officialnya saya telah melengkapkan 4 bulan chambering saya pada minggu lalu dan kini melalui detik-detik manis semanis gula-gula kapas di dalam bulan ke-5. Meneroka dan terus meneroka. 

Kerja-kerja saya setakat ini baik-baik saja dan saya simpulkan bahawa semuanya bermusim. Ada musim saya busy gila sampai tak bernafas (propanya), contohnya minggu lepas. Ada musim saya goyang kaki, mcm boss yang menang loteri (tapi berdosalah main loteri!), walaupun puas saya minta kerja sana sini tapi lawyer akan kata, 'I have nothing for now'. Itu adalah indikasi bahawa, 'ah paten, eloklah kau ber-twitter dan ber-fb secara senyap-senyap'. hehe

Dalam erti kata lain, janganlah tanya 'firm kau busy tak??' sebab soalan itu akan membuatkan saya terperangkap kerana saya tak tahu nak jawab apa kecuali 'entah lah. kekadang busy kekadang tak'. hehe. Kalau cakap busy gila kang macam pembongak plak, nak cakap tak busy langsung rasa berdosa makan gaji buta plak. hehe. Jadi, jawapan selamat, 'ok lah. biasa je'. hehe

Eh ni banyak plak masa nak update blog bagai kan?

Oh yelah. Ni sebab kepala dah sangat penat, sangat biol oleh kerana mata dah semakin juling membaca kes demi kes dalam membuat research. Lately banyak attend meeting dengan client, banyak attend conference-call, banyak buat research dan banyak membebel dalam hati sendiri. Inilah ciri-ciri manusia tak sedar dek untung. Jangan tiru!hehe

Minggu ini saya akan menghadiri Ethics Course pada Rabu ini di Bar Council. Pasti seronok duduk dalam class dengar lecture macam zaman-zaman student dulu.hehe. Dan pasti seronok pandang muka-muka skema kengkawan se-Uni yang akan attend course itu juga. Haish! Tak sabar.

Tapi tak best juga sebab sehari selepas itu kami akan menduduki Ethics Exam pula. Tak mainlah belajar satu sem baru exam, dunia dah maju. Belajar sehari je pastu exam. Baru genius kekononnya.haha. Harap tak terpele'ot exam kali ni walaupun langsung tak jamah pape lagi notes yang dah berbulan-bulan dalam simpanan ini. Semoga Allah swt permudahkan. 

Secara kesimpulannya, 4 bulan telah berlalu dengan gayanya. Bukan jayanya, gayanya. Sungguh style sekali. Mcm-mcm rasa ada. Yang penting, jangan keji mahupun caci diri ini sekiranya setelah 9 bulan, diri ini membuat keputusan untuk memberi laluan kepada sahabat-sahabat lain  untuk menggegarkan mahkamah-mahkamah berdekatan anda. Ini adalah kerana diri ini mencari 'self-satisfaction' dalam apa jua yang diri ini lakukan. Mungkin 'self-satisfaction' itu tidak dapat ditemui dgn menyarung robe dan memperjuangkan kes di hadapan hakim-hakim mahkamah. Tapi boleh jadi esok lusa terasa dengan cara itu dapat pula 'self-satisfaction' kan, wallahualam.

Sejujurnya saya masih mencari-cari jalan dan ruang terbaik untuk saya mencari rezeki buat diri dan keluarga sekaligus berbakti kepada masyarakat semaksima yang mungkin. Mungkin orang fikir, kalau aku kaya, aku akan ada lagi banyak peluang untuk tolong orang ramai, mungkin juga ada orang fikir, biarlah aku tak kaya pun asalkan aku dapat berbakti dengan ramai orang. Apa pun, kedua-duanya saya sanjung. 

Untuk diri saya sendiri, saya hanya mampu berdoa kepada Allah swt agar saya dipermudahkan urusan hidup saya untuk berjaya dengan cemerlang, dunia dan akhirat. 

Semoga ada rezeki untuk saya sambung belajar (saya tidak rushing untuk perkara ini, tidak juga ralat untuk memulakannya dalam masa terdekat andai ada rezeki), semoga ada rezeki lebat untuk saya di alam pekerjaan dan semoga cantiklah aturanNya dalam urusan jodoh saya (yang masih disimpan rapi rahsianya oleh Dia).

Saya sayang diri saya kerana saya kepunyaan Dia. 

Kengkawan opis
Ya, yang putih benar-benar putih itu boss department saya.
Wassalam

Tuesday, May 8, 2012

Duta Kecil yang Comel

Nak baca kena senyum. ;)

Hampir 2 minggu saya ketinggalan zaman dalam meng-update blog, kan? Lame, lame. Sungguh lame. Amatlah tidak layak menjadi penulis yang hebat. Bagaimana mahu digilap bakat wartawan hiburan seperti Joyah di dalam Pancaindera atau seperti Abang Nara di dalam Beautifulnara sekiranya gagal meng-update blog dengan kerap? Bagaimana??

Baiklah, semenjak laptop kepunyaan saya yang kenit itu menggila dan tidak di-format-format lagi oleh tuannya (yang anggun), terpaksa blog ini bertahap dengan purata update entry sebanyak 2 tahun dengan 1 entry.hehe.

Hari ini nasib saya sedikit baik kerana siang tadi saya menghadiri Legal Aid Orientation Session di KL Bar, maka saya melihat ia sebagai satu peluang cantik (seperti peluang merembat bola ke gawang gol pihak lawan) untuk saya pulang terus ke rumah on-time dan melupakan se-due-tige-jenak perihal kerja yang takkan pernah habis di ofis (yang bukan kepunyaan Abah saya). Oleh yang demikian, setelah bersenang-lenang bergolek-golek sambil ber-catwalk di dalam rumah sendiri petang tadi, saya mengambil keputusan untuk meng-update blog malam ini. Ya, saya fikir saya mengambil keputusan yang tepat!

Bila saya buka Home Blogger saya untuk blog ini, saya ternampak seperti ada bayang-bayang orang meletakkan komen di-entry terbaru (iaitu entry sebelum ini). Lantas saya membukanya dan setelah membaca, saya terfikir begini; "boleh tak kalau nak minta komisyen daripada MMU?". hehe. Setelah berangan cepat kaya selama dua saat, maka saya terus membalas komen. 

Komen tersebut adalah seperti berikut:

Adik, akak pun baru lepas SPM lah!hehe
Law di MMU pastilah recognized ye tuan-tuan dan puan-puan. Jika tidak, pasti saya ajak Prof. Rasat duduk bincang di kedai mamak untuk pastikan saya dan students law lain layak menjadi Peguambela dan Peguamcara yang ohsem. Baca elok-elok, saya kata 'layak', saya tak kata 'nak'. hehe

Sebelum menerima komen di atas di blog ini, saya pernah juga menerima komen bertanya pasal law di MMU tetapi di blog saya yang satu lagi. Blog yang konon-konon memotivasikan gila tu. Orang gila pun boleh waras kalau baca blog yang penuh dengan konon-konon itu.hehe. 

Saya semakin hari semakin musykil bila jumlah 'view' pada blog tersebut semakin hari semakin banyak. Semuanya bermula apabila saya mula berkongsi hal dunia 'law student' saya. Walhal, saya memang bukan law student yang tekun dan cemerlang dan skema. Sejujurnya saya memang bukan. Saya law student yang masuk kelas selepas lecturer masuk dan keluar kelas sebelum lecturer keluar tapi masa saya keluar kelas tu, lecturer dah kemas-kemas buku dia.hehe. Kira saya taklah biadap sangat.hehe


Kantoi lah pulak ter-print screen sekali dengan tab 'Gosip Artis Terkini' dan mendengar lagu 'Mahligai Kasih'.hehe. Tak pe, abaikan yang tak penting tu. View untuk entry konon-konon ohsem main ratus-ratuslah sekarang. View blog Alkisahnya ni setakat 30, 40 je.hehe. Malu nak print screen. haha

Mari saya menambahkan kepoyoan dengan menunjukkan contoh komen lain yang saya terima sebelum-sebelum ini. 
Kalau english tak power, boleh tak minum tongkat ali kasi power?hehe. Komen pada entry ini.
Siap bagi website MMU lagi. Malas cite banyak.haha. Komen pada entry ini.
Pendek cerita, rasa macam dah taknak jadi lawyer dah. Nak jadi Duta Kecil yang Comel untuk MMU khususnya untuk law course. Apa macam? MMU boleh kasi gaji tak? haha

Klarifikasi

Sebelum saya memoyo terlebih, eloklah saya sedar diri yang hina ini. Dah lah tak hensem (sebab santek) dan tak macho (sebab anggun), ada hati nak memoyo lebih-lebih. Biarlah saya buat klarifikasi atau clarification bahawasanya sesiapa yang ter-jumpa blog saya yang sungguh merepek dan syok sendiri ini, saya memang graduan undang-undang tapi saya bukanlah duta MMU, bukan juga duta untuk course undang-undang.

Boleh jadi maklumat yang saya beri benar setakat mana pengalaman yang saya lalui tetapi tidak tepat buat masa sekarang atau akan datang. Jadi, eloklah adik-adik merujuk kepada sumber yang benar-benar tepat. Saya tidak kisah berkongsi cerita dan pengalaman kerana saya memang suka cakap banyak-banyak, tulis panjang-panjang sampai orang cirit membaca tetapi saya tidak mahu diri saya sendiri tersangkut di dalam tuduhan 'misrepresentation'. 

But if you still feel like asking me, I am fine with it. ;) Saya suka untuk terus poyo-memoyo.hehe

Ya Tuhan, sikit pun saya tak sangka saya akan tulis entri ini dengan gaya begitu gedik dan gelabah sekali. Saya selalu berdoa agar saya tidak menulis seperti Maria Elena yang benar-benar pelik.hehe. Tetapi, sekali sekala terjangkit nak buat cemana.

Esok akan menjadi saksi saya melengkapkan 4 bulan chambering saya manakala lusa akan menjadi saksi permulaan penerokaan saya untuk bulan kelima. Tahniah untuk saya! Tahniah! 

Nantikan kemunculan saya di mahkamah-mahkamah berdekatan dengan anda!

Wassalam ;)